Pages

Sunday, November 17, 2013

Marina manfaat sukan zaman remaja

  • Marina Chin
  • Marina Chin

     1 / 4 
    NAMA Marina Chin tidak perlu diperkenalkan lagi dalam arena sukan ranah air. Meskipun lebih 30 tahun berlalu, lagenda yang mencipta gelaran ratu pecut dan lari berpagar dalam sukan olahraga ini meraih banyak rekod sukan yang mengagumkan.

    Pengetua Sekolah Sukan Bukit Jalil ini tidak pernah terduga bakal terlibat dalam dunia sukan sekali gus menyandang gelaran olahragawati Malaysia, namun, menyedari diri berkebolehan dalam bidang ini, beliau memutuskan untuk memanfaatkan zaman remajanya demi mengharumkan nama negara.

    Dalam masa sama, keghairahan mengejar cita-cita sebagai cikgu tidak pernah luntur dan dikejar, meskipun terlalu sibuk dengan jadual latihan sukan dan pertandingan.
    "Penglibatan dalam sukan telah membantu dalam pembangunan karakter saya. Sebelum menceburi bidang sukan, saya pemalu. Sukan mengajar saya pelbagai nilai murni yang tidak dapat dipelajari daripada buku sahaja.

    “Cita-cita dan tanggungjawab kepada negara berjalan seiring. Saya gembira kerana saya memperoleh kedua-duanya. Sebab itu, selepas mengambil alih sebagai pengetua saya terapkan nilai keseimbangan antara sukan dan akademik kepada pelajar-pelajar." kata bekas cikgu Pendidikan Jasmani dan Bahasa Inggeris ini.


    Cabaran tadbir sekolah sukan

    Sistem pembelajaran sekolah sukan sama seperti sekolah biasa yang menyenaraikan mata pelajaran wajib. Mereka diberikan fleksibiliti menerusi pembelajaran berdasarkan modul, di mana pelajar boleh membawa modul itu ke mana-mana mereka pergi termasuk ketika latihan atau temasya luar negara.

    Ternyata, pendekatan diambil Marina membolehkan 467 pelajarnya menyusun waktu belajar lebih sistematik.

    “Waktu belajar juga fleksibel. Pada malam Isnin, Selasa dan Rabu ada kelas malam dari jam 8.30 hingga 9.50 malam. Sabtu Ahad juga akan ada kelas gantian.

    Pelajar yang terlibat dengan kejohanan pula akan diberi kelonggaran mengambil peperiksaan sebelum atau selepas kejohanan. Tiada pengecualian. Malah, sekiranya kejohanan di luar negara, pihak sekolah akan aturkan guru untuk pergi ke tempat latihan mereka agar tidak ketinggalan dalam pelajaran,” katanya.


    Anugerah sukan dan akademik peringkat sekolah

    Ditanya bagaimana beliau mendorong para pelajarnya memperoleh keputusan cemerlang dalam kedua-dua bidang, Marina berkata, sekolah menyediakan anugerah bulanan dan tahunan.

    “Sekolah juga bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) mengadakan majlis Anugerah Gemilang yang diadakan setiap tahun.” katanya.

    Bagi pelajar yang mewakili Malaysia dan wakil negeri dalam Sukan Malaysia (SUKMA) juga diberikan ganjaran lain. Bagi Marina, ini adalah perubahan mengikut zaman.

    “Zaman saya dulu semuanya sendirian berhad. Nak pergi latihan pun kena duit sendiri. Inisiatif sendiri. Tapi semangat bersukan tu tinggi jadi kami tak pentingkan soal kewangan. Selagi boleh sara sendiri, saya sara diri sendiri. Ada masanya bapa turut membantu. Pada zaman sekarang tak boleh.

    " Saya ingin berterima kasih kepada jenama korporat seperti MILO kerana banyak memberi sumbangan kepada kanak-kanak Malaysia untuk berjaya dalam bidang sukan.Sokongan yang diberikan oleh MILO turut membantu membakar semangat pelajar kami untuk terus berjaya dalam sukan,” sambungnya.


    Zaman kanak-kanak paling indah

    Berkongsi cerita di zaman kanak-kanaknya, Marina dengan mesra berkata, beliau bercita-cita menjadi cikgu dan kerana itulah sejak kecil, beliau selalu menjadi cikgu kepada kawan-kawan sekampung di Sentul, Kuala Lumpur.

    “Masa kecil saya memang tomboi sedikit. Tubuh badan saya tinggi dan besar dari rakan sebaya dan budak lelaki. Waktu petang kami selalu main cikgu-cikgu dan saya akan jadi cikgu untuk ajar budak-budak lain. Lepas main cikgu-cikgu kami main lumba lari. Masa tu kawan-kawan perempuan tak lari sepantas saya jadi saya selalu bersaing dengan budak-budak lelaki. Kami berlari dari satu pokok ke satu pokok untuk lawan siapa menang,” katanya disusuli ketawa.

    Ternyata, kenangan zaman kanak-kanaknya begitu manis untuk dikenang. Begitu juga zaman remaja yang mana sebahagiannya dimanfaatkan dengan memenuhi jadual latihan. Semangat dan keinginan untuk mengharumkan nama negara itu menjadi matlamatnya yang paling utama.

    “Terus terang sebagai atlet Malaysia saya amat serius dengan sukan. Saya sanggup korban banyak perkara termasuk pergaulan dengan kawan-kawan. Saya tak ada teman lelaki. Dan saya tak ada masa nak layan orang yang kacau-kacau saya.

    “Selepas tamat tingkatan lima saya menyambung pengajian di Maktab Perguruan Seri Kota, Kuala Lumpur sebelum mengajar di Sekolah Menengah Perempuan Jalan Ampang pada 1976.

    “Ketika itu saya masih ingat, saya mengajar sesi petang jadi sebelah pagi saya akan naik dua bas dari Sentul ke Kampung Pandan untuk sesi latihan berlari. Saya mandi dan bersiap di sana kemudian naik dua bas lagi untuk ke sekolah di Ampang. Begitulah rutin harian saya sehingga bapa belikan kereta pada tahun kedua saya jadi cikgu.


    Berhenti jadi atlet?

    Ditanya adakah gelaran atlet telah memberikan pengaruh besar kepada pelajar-pelajarnya, Marina berkata, ia pernah berlaku

    “Saya mengajar Bahasa Inggeris dan Pendidikan Jasmani. Semasa saya menang pingat di Sukan Sea 1977, saya disambut dengan sebilangan pelajar perempuan  memotong rambut ala rambut saya. Saya betul-betul terharu dan tak sangka ada kelab peminat,” katanya

    Pemilik wajah cantik yang menjadi rebutan ramai jejaka ini dikhabarkan tidak lagi meneruskan karier selepas melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat pada 1980, Marina bagaimanapun menafikan.

    “Saya masih training dan wakil universiti. Pada 1980 sepatutnya kita pergi ke OLIMPIK tapi Malaysia boikot sebab Rusia masuk Afganistan jadi tak balik Malaysia untuk sebarang kejohanan besar. Pada 1981 saya ke Jepun dan mewakili Malaysia dalam Asia Track & Field dan dapat pingat emas dalam 4 x 400 meter. Kerana alami kecederaan saya tak dapat masuk sukan SEA,” kata graduan Sarjana Muda Sains dan Sarjana Kesusasteraan bidang Pengurusan Sukan ini dari Ohio State University ini.

    Marina menyumbang khidmatnya di Kementerian Pendidikan, selain terlibat sebagai aktivis dalam usaha memartabatkan sukan Malaysia.

    Pesanan Marina kepada pelajar-pelajar agar sentiasa konsisten dan tidak perlu memilih antara sukan dan pelajaran.

    “Lakukan kedua-duanya dengan keyakinan dan pengorbanan tinggi. Saya yakin anda mampu mengembalikan kegemilangan Malaysia dalam sukan sepertimana suatu ketika dahulu,” katanya.

    INFO PENCAPAIAN

    - March 1972, Marina memperbaharui rekod kebangsaan acara 200 meter dengan catatan 26.6 saat, 0.2 saat mengatasi rekod lama pada Kejohanan Allcomers Persatuan Olahraga Amatur Selangor di Stadium Merdeka.

    - Pingat Perak lari berpagar 400 meter Kejohanan Olahraga Asia di Seoul, Korea Selatan.

    - September 1972 sekali lagi memperbaharui rekod kebangsaan, acara lari berpagar 100 meter dengan catatan 15.2 saat, serta acara 400 meter lari berpagar dengan catatan 64.9 saat di Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura.

    - Meraih emas acara 100 meter lari berpagar dengan catatan 15.3 saat Kejohanan Olahraga Jemputan Filipina di Manila.

    - Memperbaharui rekod kebangsaan dengan catatan 28.4 saat dalam acara lari berpagar 200 meter pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di Alor Star, Kedah pada Ogos 1976.

    - Dinobatkan selaku Olahragawati Kebangsaan dan Selangor untuk dua tahun berturut-turut, 1976 dan 1977.

    - Sukan Sea 1977, Marina meraih emas berganda acara 100 dan 200 meter, dan hampir menyamai pencapaian sifunya, M Rajamani dengan meraih emas ketiga jika tidak gara-gara kerana kesilapan pengadilan.

    - Pada 1979 pula, gandingan Marina bersama Saik Oik Cum, V.Angamah dan Zaiton Othman menghadiahkan Malaysia pingat Perak acara 4x400 meter pada Kejohanan Antarabangsa Trek & Padang Asia Tokyo.

    - Emas acara lari berpagar 100 meter, dan 4x400 meter pada Kejohanan Sukan Sea ke-10 Jakarta.



    Wednesday, October 9, 2013

    ATHLETES ACHIEVEMENT OF 2103

    BIL
    NAMA ATLET
    KEJOHANAN
    TARIKH
    PENCAPAIAN
    1
    PRIYA SHANKARI A/P HARI SANKAR
              PHILIPPINES: 2ND SOUTH EAST ASIAN KARATE CHAMPIONSHIP (SEAKAF)
     
             THAILAND OPEN KARATE CHAMPIONSHIP
     
             GOSHIN-RYU ANNUAL CAMP CHAMPIONSHIP-
     
             SILENT KNIGHT CHAMPIONSHIP-
     
              MELAKA INTERNATIONAL TOURNAMENT



    JUNE
     
     
     
     8-10
    SEPT 2013
    EMAS
    (BAWAH 48 KG)
     
     
    EMAS
    (BAWAH 48 KG)
     
    EMAS
    (BAWAH 48 KG)
     
    EMAS
    (BAWAH 48 KG)
     
     EMAS
    (BAWAH 48 KG)

    2
    TARSHYENT A/L PARAMASIVAN
               NATIONAL JUNIOR AND CADET CHAMPIONSHIP 
     
              PHILIPPINES: 2ND SOUTH EAST ASIAN KARATE CHAMPIONSHIP (SEAKAF)

    1 - 3 MARCH
     
    JUNE
    EMAS
    (BAWAH 55 KG)
     
     EMAS
    (BAWAH 55 KG)
    3
    LEVENESSWARAN A/L ASAITHAMBY
    -        NATIONAL JUNIOR AND CADET CHAMPIONSHIP 

    1 - 3 MARCH
    GANGSA
    (BAWAH 76 KG)
    4
    LIM JIAN LIANG
    -        NATIONAL JUNIOR AND CADET CHAMPIONSHIP 
     
    1 - 3 MARCH
    GANGSA
    (BAWAH 61 KG)

    LAPORAN KARATE SSBJ 2013

    UNIT KOKURIKULUM SSBJ
    LAPORAN TAHUNAN KELAB/PERSATUAN, SUKAN/PERMAINAN & UNIT BERUNIFORM 2013

    KARATE SSBJ 2013

    BIL
    PERKARA
    CATATAN
    1
    Pengenalan / Latar Belakang Sukan Karate
    Sukan Karate  ditubuhkan bertujuan meningkatkan daya ketahanan pelajar yang seterusnya dapat mempertahkankan diri daripada ancaman bahaya selain menjadikannya sebagai satu seni yang dapat melahirkan semangat jati diri yang tinggi.



    2
    Visi & Misi Kelab

    • Tingkatkan daya ketahanan fizikal, mental dan keyakinan untuk keselamatan diri.
    • Memberi  pendidikan seni pertahanan diri ke arah melahirkan insan berkeperibadian tinggi yang sesuai untuk mempertahankan diri daripada ancaman bahaya.


    3
    Objektif Kelab

    • Memberi pendedahan dan penggalakkan terhadap perkembangan kesenian yang sesuai untuk membentuk daya asperisiasi seni yang positif dan terarah.
    • Pembentukan seseorang yang dinamis, praktikal, dan produktif.
    • Belajar teknik-teknik mempertahankan diri dapat melindungi diri daripada ancaman bahaya.

    4
    Nama Penyelaras

    Santiya a/p Parthippen

    5
    Jumlah Ahli
    6 orang

    6
    Aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun

    • Mencipta logo
    • Melawat warga emas
    • Pertandingan mencipta puisi dank ad ucapan
    • Menceriakan papan kenyataan kelab



    7
    Aktiviti yang tidak dapat dijalankan sepanjang tahun

    • Lawatan ke muzium
    • Pertandingan memasak


    8
    Refleksi
    Kekuatan:   Dapat menjalin semangat kerjasama di
                         kalangan pelajar.



    Kelemahan: Sukar untuk mengenalpasti pelajar yang tidak
                           hadir,pelajar yang menghadiri kejohanan
                           atau ponteng.



    9
    Ulasan untuk penambahbaikan

    Pemberitahuan pelajar yang ke pertandingan atau ke kelas tambahan pada hari tersebut perlu dipaparkan di papan kenyataan ko-kurikulum(diwujudkan).



    10
    Penutup/kesimpulan


    Melalui sukan ini, para pelajar dapat meningkatkan pertahanan diri selain pelajar dari pelbagai kaum dan lapisan umur  dapat saling bekerjasama serta berinteraksi di antara satu sama lain.






    Disediakan oleh:

    (SANTIYA A/P PARTHIPPEN)
    PENYELARAS

    KARATE

    Wednesday, June 22, 2011

    Karate Exponent Credits Her Mother As Driving Force Behind Her Success

    HER father passed away when she was only seven. So,it was her mother P. Selvarani, a kindergarten teacher, who inspired S. Shree Sharmini to do well in sports and education.
    Shree Sharmini, a Pre-U student at the Bukit Jalil Sports School (BJSS) and a member of the national karate squad, said she would not have achieved success in both the fields if not for her mother.
    “It was my mother who encouraged me to get involved in sports since my primary school days. In fact, I was more into taekwondo when I was a pupil at SJK (T) Kulim, Kedah.
    “There was no taekwondo training sessions in my secondary school (SMK Taman Kenari, Kulim).
    High kick: Shree Sharmini is looking forward to the Indonesia SEA Games in November.
    “My mother signed me up for karate and my coach (P. Thiyakara-jan) taught me the basics. I started in kata (demonstration) but my coach advised me to switch to kumite (combat).
    “He felt, as a left-hander, I will be more suitable for the combat style,” said Shree Sharmini.
    After almost a year of intense training, she made an impact in her first competition in Kedah. In the 13-15 years age group event, she won a silver.
    Her first national competition was the Malaysian Karate Federation (Makaf) junior championships in 2006.
    She was only 14 but her dreams of a rostrum finish were dashed in the first round.
    Shree Sharmini said the championships was an eye-opener and realised she had a long way to go in karate.
    “When I lost in the first round, my mother was there to support me. I was motivated by her presence,” said Shree Sharmini.
    And the following year, she was on podium as the champion and she had maintained her supremacy in the 59kg category until last year.
    While focusing on her karate, Shree Sharmini did not neglect her studies.
    Based on her impressive progress in karate and PMR, she was selected into the national back-up squad.
    As a member of the back-up squad based in Kuala Lumpur, she was offered to study at the BJSS.
    Being part of BJSS was also another eye-opening experience. The support from the teachers was excellent.
    “The teachers encouraged me a lot and I was able to get good results in the SPM.
    “My ambition is to get a degree in IT. I hope to do well in my studies with the help of the teachers,” said Shree Sharmini, who scored four As and Four Bs in the SPM.
    She is now in the midst of training for the World Junior championships in Malacca.
    She trains two sessions a day under coach P. Arivalagan.
    “The training sessions are tough but I am prepared to go through the mill.
    “I have confidence and I am also determined to give a good account in the championships,” said Shree Sharmini who will also be looking forward to representing Malaysia in the SEA Games in Indonesia.
    FACT FILE
    Name: S. Shree Sharmini
    Date of Birth: June 30, 1992
    State: Kedah
    Ht: 1.69m.
    Wt: 59kg
    School: Bukit Jalil Sports School (Pre-U)
    Hobbies: Listening to songs
    Ambition: IT specialist
    Favourite Sports Personality: Premila and G. Yamini
    Coach: P. Thiyakarajan (primary school); P. Arivalagan (current coach)
    Most memorable moment: Winning the gold medal in the Asian Koi Championships in China
    Achievements
    2007-2010: Makaf Junior championships (gold)
    2009: World Koi Championships (bronze)
    2010: Asian Junior championships (gold)
    Asian Koi championships(gold and bronze)
    Le Heret Cup, France (silver)
    2011: Singapore International Open (gold)
    Makaf Senior championships (bronze)